Profil Sekolah
Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar (SMKLG)
telah ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kubang
Keranji, SMKLG terletak di Kubang Keranji, 16150 kota Bharu, Kelantan. Jarak sekolah ini dari Kota Bharu lebih
kurang 10 km melalui jalan Kota Bharu – Pasir Puteh.
Pada
peringkat awal penubuhan SMKLG tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa
menumpang di Sekolah Rendah Long Gafar (Sekolah Rendah Kubang Keranji).
Bilangan pelajarnya seramai 90 orang yang semuanya tingkatan satu dan waktu
pembelajarannya pada sebelah petang.
Pada
tahun 1970, SMKLG telah mendapat bangunan sendiri yang mengandungi sebuah
makmal sains, sebuah bilik jahitan,
bilik darjah dan pejabat pengetua, sekarang ini diberi nama Blok
Intelek. Pada 17 hb Julai 1974, sekolah
ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Long Gafar. Nama ini diambil sempena
nama Long Gafar seorang pahlawan dan
pembesar sekitar tahun 1670an. Beliau
merupakan seorang pahlawan yang warak, adil, berani, tangkas bermain senjata,
disegani dan digeruni. Beliau meninggal
dunia ketika berusia 110 tahun. Jenazah
beliau dimakamkan di Kg Limbat, kira-kira 1 km dari SMKLG. Justeru, sifat-sifat terpuji yang dimiliki
oleh beliau itulah mendorong sekolah ini diberi nama sempena nama beliau. Harapan warga sekolah agar sekolah ini juga
mempunyai keistimewaan, masyhur dan terkenal sebagaimana Pahlawan Long Gafar.
Semasa
penubuhannya pada tahun 1965, SMKLG hanya mempunyai seramai 4 orang tenaga
pengajar sahaja. Walau bagaimanapun bilangan ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa
selaras dengan pertambahan pelajar. Kini
SMKLG mempunyai 97 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 1269 orang
dilengkapi dengan berbagai kemudahan termasuk dewan terbuka pada tahun 2001 dan
yang terkini adalah gelanggang futsal 1Malaysia pada tahun 2012.
Sesi
pembelajaran di SMKLG adalah dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Bilangan bilik darjah yang terdiri daripada 35
unit tidak dapat manampung bilangan kelas sebanyak 43 kelas. Oleh itu pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2
terpaksa belajar disesi petang.
Sejak
penubuhannya 48 tahun yang lalu, SMKLG telah mengorak langkah setanding dengan
sekolah-sekolah harian yang lain di negeri Kelantan sama ada dalam bidang
akademik dan bidang-bidang lain.
FALSAFAH SEKOLAH
Pelajar yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dengan itu, pelajar di sekolah ini diberi peluang untuk mengembangkan keempat-empat aspek tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar mempunyai pendidik yang memiliki kebolehan iktisas dan berkeupayaan untuk memberi pendidikan yang lengkap dan berkualiti bagi memajukan pelajar di sekolah ini.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Memperkembangkan pengaruh sekolah agar dapat menarik minat masyarakat setempat2. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti, berkesan ke arah kecemerlangan akademik pelajar-pelajar
3. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum pelajar-pelajar dengan motto “Penyertaan Untuk Kecemerlangan”
4. Memantapkan sahsiah pelajar melalui pelbagai Program Pembangunan Insan Pelajar
5. Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni agar dapat menarik minat pelajar untuk sentiasa hadir ke sekolah
6. Memantapkan taraf profesionalisme keguruan barisan pendidik khususnya dalam bidang pedagogi dan pengurusan personaliti pelajar
7. Melahirkan pelajar yang cergas dan berwibawa serta memperkembangkan potensi kepimpinan pelajar
8. Menjalinkan kerjasama dan permuafakatan yang utuh dalam kalangan staf sebagai satu pasukan
9. Menjadikan sekolah sebagai satu institusi yang selesa dan selamat
10. Mewujudkan perhubungan dan kerjasama dengan komuniti sekitar dan pihak-pihak lain yang berkaitan
PIAGAM PELANGGAN
Kami guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha memberi perkhidmatan yang bermutu seperti berikut:
1. Menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik secara adil
2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan menarik
3. Meningkatkan kualiti dalam pencapaian kurikulum
4. Menyediakan keperluan pengajaran dan pembelajaran dengan segera dan bermutu
5. Bertindak segera terhadap segala arahan Kementerian, JPN dan PPD
6. Layanan mesra kepada ibu bapa yang berurusan dengan sekolah
7. Berusaha memantapkan disiplin pelajar ke tahap sifar budaya negatif
8. Membimbing dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar ke tahap optimum
9. Mewujudkan hubungan mesra dan kasih sayang di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
10. Memberi peluang kepada semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum
11. Membimbing dan membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang Kokurikulum ke peringkat kebangsaan & antarabangsa
12. Menjalin hubungan mesra dengan masyarakat sekitar
No comments:
Post a Comment